Pergabungan Sungai Rhine
Pergabungan Sungai Rhine

Pergabungan Sungai Rhine

Gabungan Rhine (Bahasa Jerman: Rheinbund; Perancis: secara rasminya États confédérés du Rhin ("Gabungan Negeri-negeri Rhine"), tetapi secara praktiknya adalah Confédération du Rhin) adalah sebuah gabungan negeri-negeri sekutu dalam Empayar Perancis Pertama. Ia mula diasaskan dengan 16 buah negeri-negeri Jerman oleh Napoleon selepas beliau mengalahkan Austria dan Rusia dalam Pertempuran Austerlitz. Perjanjian Pressburg yang membawa kepada penubuhan Gabungan Rhine, yang mana berlangsung pada tahun 1806 sehingga tahun 1813.[1]Gabungan 16 buah negeri "raja-raja Jerman" (Fürsten) kemudiannya disertai oleh 19 buah negeri lain daripada Empayar Rom Suci. Pergabungan negeri-negeri tersebut mengandungi lebih daripada 15 juta penduduk dan memberi kelebihan strategik kepada Empayar Perancis di barisan timurnya. Ia dianggap sebagai entiti boneka kepada Maharaja Napoleon oleh negara-negara pihak anti-Perancis.Bagi mencapai cita-cita Napoleon melalui revolusi pemodenan, beliau mengarahkan para tentera dan bekalan daripada negeri-negeri ini untuk tujuan mendanai kempen peperangan beliau. Napoleon memerlukan negeri-negeri GAbungan ini membekalkan 63,000 orang tentera. Kejayaan Gabungan berdasarkan kejayaan kempen ketenteraan Napoleon dalam pertempuran; di mana ia runtuh setelah Napoleon kalah dalam Pertempuran Leipzig pada tahun 1813.

Pergabungan Sungai Rhine

Status Pergabungan negeri tuntutan Empayar Perancis Pertama
Ibu kota Frankfurt
Pelindung  
Ketua Putera  
Perundangan Diet Pergabungan
• Pertempuran Leipzig 4 November 1813
• 1806–1813 Karl von Dalberg
Bahasa lazim Jerman, Perancis
• Pertempuran AusterlitzPertempuran Austerlitz 12 Julai 1806
Era sejarah Perang Napoleon
Hari ini sebahagian daripada  Austria
 Republik Czech
 Jerman
 Itali
 Liechtenstein
 Poland
• Perjanjian Paris 30 Mei 1814
• 1813 Eugène de Beauharnais
• Empayar Suci Rom dibubarkan 6 Ogos 1806